Friday, October 5, 2012

PENGERTIAN BERDASARKAN TAJUK-TAJUK SUBJEK PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4

TAJUK
PENGERTIAN
MUKA SURAT
IMAN FITRAH MANUSIA
IMAN: Pengakuan atau ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan membuktikan dengan amalan zahir.
FITRAH: Sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sensidi.
MANUSIA: Makhluk ciptaan Allah S.W.T yang dibekalkan dengan fitrah.
1
BERIMAN: Mengaku dan berikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati akan kewujudan dan kekuasaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan yang zahir
3
ISLAM SEBAGAI AD-DIN YANG MEMBAWA RAHMAT
RAHMAT HIDAYAH: Petunjuk atau pimpinan
HIDAYAH: Pemberian Allah dan tidak ada sesiapa yang boleh member hidayah kepada seseorang melainkan Allah.
16
17
PENGENALAN ILMU USUL FIQH
USUL: Asas, sumber, kaedah atau dalil
FIQH:-
Bahasa: Memahami Sesuatu perkara.
Syarak: Pengetahuan tentang hokum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.
USUL FIQH: Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.
39
HUKUM SYARAK
HUKUM SYARAK: Khitobullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat, munakahat, jinayat, muamalat.
IKTIDHO’: Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.
TUNTUTAN PASTI: Wajib dan haram.
TUNTUTAN TIDAK PASTI: Sunat dan makruh.
46
TAKHYIR: Khitobullah yang memberi pilihan kepadamukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
WAD’IE: Khitobullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.


49

HUKUM TAKLIFI: Khitobullah yang mengandungi tuntutan keatas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
IJAB: Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun).
NAZBUN: Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (ghoiro jazmun)
TAHRIMUN: Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.
KARAHATUN: Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.
IBAHAH: Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.
HUKUM WAD’IE: Khitobullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (mani’) keapada sesuatu hukum.
SABABUN: Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
SYARTUN: Sesuatu yang kerana adanya ada hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya ada hukum.
MANI’ (PENGHALANG): Sesuatu yang kerana sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat dilaksanakan.
SOHIH: Perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
BATIL: Perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serata tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
51


51

51

51
52
52

52

53
53
54

54

54

DALIL-DALIL HUKUM SYARAK
DALIL SYARAK:  Tempat pengambilan dan sumber istinbat hukum syarak.
AL-QURAN: Kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad dalam bahasa arab, mempunyai mukjizat, membacanya dikira ibadat, dan disampaikan keda generasi kemudian secara mutawattir.
56
AS-SUNNAH: Sumber kedua perundangan ISLAM.
Bahasa:- Jalan, sama ada baik atau tidak.
Istilah:- Percakapan dan perbuatan Rasulullah serta pengakuan terhadap kenyataan atau tindakan orang lain.

RUKHSOH TAYAMMUM
TAYAMMUM:-
Bahasa: Memilih sesuatu atau berkehendakan sesuatu.
Istilah:- Menyapu debu tanah yang bersih kemuka dan kedua tapak tangan sebagai ganti kepada wudhuk keseluruhannya atau kepada basuhan mana-mana anggota wudhuk atau kepada mandi wajib.
81
QIYAMUL-LAIL
QIYAMUL-LAIL: Bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
90
PUASA RAMADHAN
PUASA:-
Bahasa: Menahan diri daripada sesuatu.
Istilah: Menahan diri melakukan perkara-perkara yang membatalkan pusa, melalui dari terbit matahari sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.
101
MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
MEMBUAT TATU: Membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka,lengan dan belakang.
MENYAMBUNG RAMBUT: Perbuatan menanam rambut kepala, memakai rambut palsu dan termasuk cara-cara lain yang dilakukan oleh sesetengah orang pada zaman sekarang.
MEWARNA RAMBUT: Mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang tertentu.
137

138

138
SYAK DALAM SOLAT
KHUSYUK DALAM SOLAT: Melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, rukun dan adab-adab solat dengan sempurna.
SYAK: Keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat seperti lupa bilangan rakaat, membaca al-fatihah dan sebagainya.
SUJUD SAHWI: Sujud 2 kali yang dilakukan selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum member salam.
145

145

146
WASIAT
WASIAT:-
Bahasa: Berpesan.
Syarak: Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimiliki selepas dia meninggal dunia.
PUSAKA:-
Bahasa: Peninggalan si mati.
Istilah: Sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang berhak diterima oleh warisnya dengan sebeb kematian.
WAKAF:-
Bahasa: Menahan.
Syarak: Menahan harta benda yang berfaedah yang masih kekal ainnya dari diurus oleh tuan harta tersebut atau orang lain untuk tujuan yang harus kerana mendekatkan diri kepada Allah.
152



155



157


MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
SALAM: Selamat dan sejahtera. Memberi salam pula bermakna member ucapan selamat dan sejahtera kepada seseorang dengan menggunakan ucapan yang khususiaitu “ASSALAMUALAIKUM” atau “SALAMULLAH HI ‘ALAIKUM”
UCAPAN TAHINIAH: Ucapan kepada seseorang yang mendapat nikmat seperti cemerlang dalam peperiksaan, mendapat cahaya mata dan sebagainya.
UCAPAN TAKZIAH: Ucapan yang dilafazkan kepada seseorang yang mendapat musibah, kesedihan atau kesusahan seperti kematian atau kemalangan.

163


169

169
SEJARAH IBADAH HAJI
HAJI:-
Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia.
Syarak: Mengunjungi baitullahil haram di Mekkah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu yang tertentu, berdasarkan syarat yang tertentu.
175
MANASIK HAJI
NIAT IHRAM: Berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali.
WUQUF: Berada di Arafah walaupun seketika.
THOWAF: Mengelilingi baitullahil haram sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan beribadah kepada Allah.
THOWAF IFADOH: Thowaf rukun bagi ibadah haji dan umrah.
THOWAF QUDUM: Thowaf selamat datang yang dilakukan oleh setiap orang yang baru sampai di Mekkah.
THOWAF SUNNAT: Thowzaf biasa yang dilakukanpada bila-bila masa yang disukai,
THOWAF WIDA’: Thowaf selamat tinggal. Ia wajib dilakukan apabila seseorang hendak meninggalkan Mekkah sebagai menghormati dan memuliakan baitullahil haram.
SA’IE: Berjalan berulang aling sari SOFA KE MARWAH sebanyak 7 kali.
TAHALLUL: Bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.
TAHALLUL AWAL: Apabila selesai melakukan dua darioada 3 perkara seperti melontar di Jamrah, thowaf rukun dan sa’ie jika belum di buat atau bercukur atau bergunting,
TAHALLUL THANI: Apabila selesai melakukan ketika-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus melakukan segala pantang larang ihram.
MIQAT: Tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau umrah.
MIQAT ZAMANI: Ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram.
MIQAT MAKANI: Ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.
BERMALAM DI MULTAZAM: Berada di Muzalifah walaupun sekejap selepas separuh malah ke-10 Zulhijjah (malam hari raya haji) iaitu selepas waktu wuquf di Arafah dan sebelum terbit fajar.
180

181
182

183
183

183
183

184
186
186

186

188
188
188
190
PELAKSANAAN HAJI
HAJI IFRAD: Mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan iaitu umrah dikerjakan bukan dalam bulan-bulan haji.
HAJI TAMATTU’: Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji.
HAJI QIRAN: Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak.
DAM: Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara seperti meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji atau umrah, melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram, menunaikan haji secara tamattu’ atau qiran.

DAM TAKDIR & TAKDIR: Ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir pula bermaksud gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.
DAM TARTIB & TA’DIL: Ta’dil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilaian tersebut.
DAM TAKHYIR & TA’DIL: Takhyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.
HAJI MABRUR: Haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah.
196

196

196

197






197

198

199

201
NIYABAH HAJI
NIYABAH DALAM HAJI: Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sensiri, tetapi dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
204
SEMBELIHAN
SEMBELIHAN: Menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam.
214
QURBAN
QURBAN: Penyembelihan binatang al-an’am yang dilakukan pada hari raya ke-10 Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik. Ia dilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.
221
AQIQAH
AQIQAH: Penyembelihan binatang al-an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.
226
MUAMALAH DALAM ISLAM
MUAMALAH: Tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesame manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing.
232
PENGENALAN MUAMALAH DALAM ISLAM (1)
JUAL BELI: Memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan.
KHIYAR: Pilihan. Ertinya pihak pembeli dan penjual diberi hak membuat pilihan sama ada untuk meneruskan jual beli tersebut atau tidak meneruskannya dengan sebab-sebab yang tertentu.
KHIYAR MAJLIS: Pemilihan yang dilakukan semasa masih berada dalam majlis akad jual beli penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan jual beli yang telah diakadkan di majlis itu atau membatalkannya.
KHIYAR SYARTI: Persetujuan antara pihak-pihak yang berjual beli mensyaratkan semasa melakukan akad jual beli bahawa kedua-dua mereka atau satu daripadanya berhak memilih sama ada jual beli itu diteruskan atau dibatalkan.
KHIYAR ‘AIB: Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli atau membatalkannya pada ketika didapati bahawa terdapat kecacatan pada barang yang dibeli itu.
BAI’US SALIM: Jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad dan penyerahan barang ditangguh sehingga ke satu masa yang ditetapkan.
BAI’U BITHAMANIN AJIL: Jualan dengan harga tangguh ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

238
240


240



241



241


242


244

PENGENALAN MUAMALAH DALAM ISLAM (2)
SYAKIRAH: Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung.
AL-MUDHOROBAH: Akad antara dua pihak yang mengandungi penyerahan modal oleh satu pihak kepada satu pihak lagi untuk berniaga dengan berkongsi untung.
RAHNU: Gadaian ialah menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang boleh dibayar dengannya apabila hutang itu tidak dapat dibayar.
WADI’AH: Menyerahkan harta benda yang dimiliki oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk menjaganya.
TAKAFUL: Satu kontrak dimana seseorang itu bertanggungjawab membantuseseorang lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang ditentukan dalam kontrak.
SAHAM: Suatu kepentingan dalam syarikah.
246

250


252


253

255


255

Saturday, August 25, 2012

RamaDhaN.. RaYa.. 2012

Ya Allah, sedih rasanya megenangkan sepanjang bulan Ramadhan. Betapa indahnya ya Allah. Aku menghabiskan masa aku dengan mendekatkan diri denganMu ya Allah. Alhamdulillah. Sempatlah buat beberapa kali dapat menunaikan solat terawih sebanyak 23. Harap-haraplah dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Amin. Sepanjang Ramadhan 2012, aku banyak menghabiskan masa di Masjid Sultan Yahya Petra. Best!!. Macam2 adoo dan dapat mempelajari macam2 karenah manusia. Hahaha. Kelakar bukan?!!. Hua3. Tak semestinya pergi masjid terus dapat pahala. Apee da!!. Selalunya kalau aku pergi solat jemaah, adee jee jemaah perempuan yang AGAH, bencii akuu. Bukannyee nak rapat soff dop. Supo tulo jah amaley ore lagu tuh. Tok tamboh2 eh. Baik lah tak yoh mari masjid, kalau sombong gitu gak. Hua3, sedapnyee aku mengata dekat orang. Hehe. Takpo, blog nie tak dop orang nak visit pun. Sebab tuh aku boleh luah sahaja apa yang aku nak. Hua3. Yela, bukan apa. Masjid ini bukannya tempat kita nak memikirkan hal2 keduniaan lagii. Lagi pun, gi masjid kito nak dekatkan diri kito dengan Allah. Nie buat hal plak. Macey2 lah dan dekat nak habis Ramadhan, UMMi meminta aku supaya menolongnya menyediakan hidangan juadah untuk orang berbuka puasa di masjid. Best!, seronok tengok orang ramai-ramai datang berbuka puasa demii mengimarahkan lagi masjid. Huhu. Rindu betul kat ramadhan, nak nangis rasannya..hermmm. Persiapan raya tahun serba sederhana. Aku suka sangat!!.Haa, nie lah masjid yang aku selalu pergi!
Cantik kan?!!. Musti doh. hahaha. D'pagi raya pula, aku bersama-sama keluarga bangun pada awal pagi kecuali my SIS. hahaha. Maybe penat kot. hee. Kami sekeluarga menunaikan solat sunat aidilfitri d'masjid Sultan Yahya Petra juga. Orang ramai berpusu-pusu untuk masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat sunat aidilfitri. Pada pagi tersebut, aku berasa sangat sedih, kerana Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ketika takbir bergema, air mata aku mencurah keluarr. Huhhh!. Time dekat masjid, aku bersama Ummi and Kak Ngoh boleh d'katakan duduk d'soff yang depan. D'depan kami terdapat kanak2 kecil. Hahaha. Comey!. Dah lah baik. Time duk dengar khutbah duk layan budak COMEY tuh lah. Tok dengar mano pun khutbah. MasyaAllah, teruknyeee. Tapi, tak apalah. Budak kecil itu telah menghiburkan hati aku. Hee.Selepas, selesai solat d'masjid. Kami sekeluarga bergegas untuk ke rumah TOK AYAH & NEK MA. Sungguhlah meriah apabila berada s'rumah atuk kitaorang. Best!!. Dah lah semua sepupu beraya kat sini. Kitaorang berpakaian sama warna iaitu KELABU a.k.a GREY GRANDIS ayah loh. hehe.Sampai2 kat umah grandparents kitaorang, rupe2nya aku memakai pakaian yang serupa dengan 2 orang mak saudara aku. Hahah. Lucu kan??!. Nak tengok?. Boleh jee.

Haha. Kan dah kate!!. sameee. nak tengok kemeriahan d'pagi raya pulak ke??. Boleh. Pasti korang tak puas. Hahaha.
Tengok tuh!!. Kanak2 ribena bergambar bersama-sama tok ayoh. Sweet!!. Raya kali ini MzFamilies tak sempat nak buat sesi pergambaran secara besar-besaran. You know why??. Because, tok ayoh tak sihat (kena strok). Kesian tok ayoh, semoga tok ayoh cepat sembuh ye. We all love you tok ayoh and nek ma. Memandangkan tok ayoh sakit, ramai gilerr tetamu yang datang beraya. Tak henti2. Sampai kitaorang nak pergi beraya kat rumah jiran pun tak boleh. Fuh!!, sangatlah sedih. Hinggakan gambar pun tak sempat nak ambil. Tak apalah, gambar tak penting sangat pun kannn!. Tapi, MzFamilies memanglah GREY arr. Rock!!. Semuanya sama. Pelbagai kejadian yang berlaku. Kebanyakkannya adalah kejadian yang sangat mencuitkan hatu. Manakan tidak!. Semuanya macam tak betul. Hahaha. Biasalah, keluarga kitorang selalu bergelak ketawa. Tak best arr kalau hidup sunyii je tanpa gelak2 kann. Haa, nie contoh2 yang mencuit hati:
haha, tengok tuh!. tiru gaya Tunku Abdul Rahman pulak. Hahaha. menjadi bebenorrr.
abang aku betul!. Tua2 pun nak duit raya lagi. Hahahaha

Banyaklah kisah yang ingin d'ceritakan peristiwa yang terjadi semasa hari raya-1. Macam2 adoo (ala-ala astro pula). Hahaha, sampai kat sini lah duluu yee.


Tuesday, January 3, 2012

MooD-HappY!!~


!!BACK TO SCHOOL!!


Alhamdulillah,hari ini bermulanya hari persekolahan bagi semua pelajar dan guru di seluruh Malaysia. Saya ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua pelajar dan guru yang tinggal d'bumi Allah ini. Mood hari ini, amat gembira dan seronok. Tahu kenapa?! .Haha. Maybe sebab dapat jumpa rakan2 dan guru2 kot kat sekolah. Biasalah, first sekolah mestilah tak belajar kan. So, semua student relax and santai je hari ini. Kelihatan guru2 dan pelajar2 tersenyum lebar apabila tiba d'sekolah. Memang amat menyeronok kan. Ermm. Tahun ini,bermulalah misi aku sebagai BUDAK form 5 untuk menjadi seorang yang lebih rajin,bagus,good,matang,matured dan lain2. Keh3 . Apa yang lebih menyeronokkan ialah, aku terpilih menjadi salah seorang FASILATATOR untuk HARI TAUTAN UKHWAH PELAJAR TINGKATAN 1 -2012-. Korang boleh imagine tak macam mana Amira Balqis Binti Zahari ni menjadi FASILATATOR. Emh3. Cannot3!!

#FASILATATOR#


Bermula pada 10.30 pagi hari ini,aku d'amanahkan untuk menjadi seorang FASILATATOR. Emh, agak mencabar jugak amanah yang harus aku pikul. Tapi,aku berusaha untuk menjadi yang terbaik d'antara yang terbaik. InsyaAllah. Kelihatan air muka adik2 form 1 ini, amat gembira apabila program ini d'jalankan. Hopefully adik2 suka lah ye. Erm, sewaktu sesi taaruf d'mulakan, aku berasa amat KEKOK kerana semua adik2 kumpulan aku senyap. Aku menjadi tidak tentu arah. Aku tidak tahu apa yang ada d'dalam fikiran mereka. Adakan mereka TAKUT dengan aku?? or MALU dengan aku??. Tak faham. Sesi taaruf bagi kumpulan UKHTI QIES amat sepi sekali. Oh NO!! Kenapa macam nie?!! . Adakah aku tak pandai melayan adik2?? Ya Allah. Adik2 kat kumpulan aku semuanya hanya tahu senyum. Tak best lah macam nie. UKHTI cakap,adik2 tak bagi respond pun. LETIH KAKLOS kalau gini. Emh3. Tapi,soba je lah.

Aku merupakan FASI kumpulan 4. Huhu. Aku mempunyai 13 adik yang perlu bagi berikan mereka nasihat dan tunjuk ajar. InsyaAllah,akan UKHTI QIES usahakan untuk adik2.

Antara adik2 kumpulan 4 bersama UKHTI QIES:-

-Aisya*Kampung Belukar (29/7/99)
-Dayah*Bagan Atas (14/4/99)
-Aini *Kadok(6/7/99)
-Farhana *Kuala Krai(8/2/99)
-Umairah *(19/6/99)
-Izzah *Kedai Labok(29/6/99)
-Syazwani *Kok Lanas(25/5/99)
-Auni *Machang(29/8/99)
-Sarah* (26/4/99)
-Ain *Ketereh(10/9/99)
-Syahmin *Belukar(5/7/99)
-Hanum *Labok(30/12/99)
-Nisa *Labok(5/7/99)

Wah!!. Ramaikan adik2 aku. Sayang kamo semua. Huhu. InsyaAllah,UKHTI QIES akan menjadi fasi yang terbaik untuk adik2 semua.



Tuesday, December 27, 2011

ReSuLT SMU !!

Alhamdulillah,hari ini saya bersama2 kawan saya memperolehi keputusan SMU(Sijil Menengah Ugama). kui3 . nak tau ke result I ?? .. haks3. kelakor betul . Boleh JJ je. tak mantap sangat pun. Tapi, saya happy sangat2 coz dapat JJ . yang ada dalam fikiran sayo ialah saya akan dapat lebih teruk daripada tuh.but alhamdulillah,Dia yang menentukan segala2nya.Kita hanyalah usaha,doa dan tawakkal kepadaNya. I'm so proud of my best friends : HUDA,MADI,SYIDAH GHAH!! . Congratzz to you all sebab score MUMTAZ. And to SUE: don't give up,we still have SPM!! . don't ever lose hopes!!. Kepada semua budak2 form 4(2011) SYAMSUL MAARIF LILBANAT yang berjaya tuh Balqis ucapkan TAHNIAH and make sure jangan tahun nie je dapat mumtaz! tahun depan pun biar dapat straight A's lah.tok jadi kalau tahun nie jah mantap! ko guanoo??!! .and kepada yang tidak berjaya tuh,REMEMBER!! that we still have SPM!!. not SAYA PELAJAR MALAS but SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.its a biggest EXAM for us. okay!!!. steady belako. SPM lah yang menentukan masa hadapan kita. Jangan sia2kan harapan parents kito,cikgu2 dan semua lah! . hoo,letih do eh taip..hahaha..

Thursday, November 24, 2011

Novel PeRTaMa & KeDua yang d'BcA DLm HiDup....


Alhamdulillah,semalam saya baru saje slesai membaca novel kedua saya,iaitu KALA CINTA & WAHYU BERSATU pada jam 1.30am..hehehe,, sebenarnya,saya bukannya berminat sangat pun membaca novel ni.entahlah,dapat inspirasi daripada seseorang.terus baca.Alhamdulillah,diriku sekarang sudah mahu berjinak2 dengan novel..kah3.kelakar jugak eap.erm,yang teruk nye.setiap kali baca novel mesti tidur.haha.lucu bukan??!.tapi semalam,entahlah kenapa.Sikap ingin tahu tuh tiba2 saje muncul dan kuat semangat walaupun dah menganntuk.Actually novel nie,mempunyai banyak pengajaran yang kita boleh perolehi.Karya A.UBAIDILLAH ALIAS ini bukan hanya semata2 atas dasar bercerita sahaja.Tetapi,novel yang beliau karya menerapkan banyak info2/pengajaran2 mengenai islam dan banyak iktibar yang dapat kita perolehi melalui kedua2 novel beliau.thumbs up!!



The first novel saya merupakan WARKAH CINTA BERBAU SYURGA.Saya mengambil masa dalam seminggu untuk menghabiskan novel tersebut.kah3.Biasalah kan.Orang tak pernah baca novel dan tak minat novel.Macam ni lah jadinye.haha.tapi,Alhamdulillah.novel kedua saya berjaya mengkhatam hanya dalam masa 3 hari.hehe.ape2 pun.korang semua boleh cuba baca ye buku nie(bagi yang tak baca lagi lah).Banyak ilmu dan pengajaran yang kita akan perolehi.InsyaAllah.