Thursday, November 24, 2011

Novel PeRTaMa & KeDua yang d'BcA DLm HiDup....


Alhamdulillah,semalam saya baru saje slesai membaca novel kedua saya,iaitu KALA CINTA & WAHYU BERSATU pada jam 1.30am..hehehe,, sebenarnya,saya bukannya berminat sangat pun membaca novel ni.entahlah,dapat inspirasi daripada seseorang.terus baca.Alhamdulillah,diriku sekarang sudah mahu berjinak2 dengan novel..kah3.kelakar jugak eap.erm,yang teruk nye.setiap kali baca novel mesti tidur.haha.lucu bukan??!.tapi semalam,entahlah kenapa.Sikap ingin tahu tuh tiba2 saje muncul dan kuat semangat walaupun dah menganntuk.Actually novel nie,mempunyai banyak pengajaran yang kita boleh perolehi.Karya A.UBAIDILLAH ALIAS ini bukan hanya semata2 atas dasar bercerita sahaja.Tetapi,novel yang beliau karya menerapkan banyak info2/pengajaran2 mengenai islam dan banyak iktibar yang dapat kita perolehi melalui kedua2 novel beliau.thumbs up!!



The first novel saya merupakan WARKAH CINTA BERBAU SYURGA.Saya mengambil masa dalam seminggu untuk menghabiskan novel tersebut.kah3.Biasalah kan.Orang tak pernah baca novel dan tak minat novel.Macam ni lah jadinye.haha.tapi,Alhamdulillah.novel kedua saya berjaya mengkhatam hanya dalam masa 3 hari.hehe.ape2 pun.korang semua boleh cuba baca ye buku nie(bagi yang tak baca lagi lah).Banyak ilmu dan pengajaran yang kita akan perolehi.InsyaAllah.

Wednesday, November 23, 2011

Mood-sEdIh > hEaRtBrEaK > CuaK > neRVOUS

eRm,, bru sje tadi aku melihat statement 'seorang hamba Allah' kat facebook yang membuat aku berasa begitu berslah.Actually,Qis dah tak de FB. Curi2 buka yang 'sue' punya . Sorry sue!! .. apa yang menyedihkan ialah apabila 'hamba Allah' ini mengatakan kegagalannya, yang mungkin berkait dengan aku kowt,, herm, tak tahu lah kait ko dok ,, aduh!! ,, tapi Qis yakin yang Qis menjadi penyabab utama dalam permasalahan ini. Ya Allah ,, begitu teruknya Amira Balqis ini,, kepada 'Hamba Allah' yang saya maksudkan ini. Qis meminta maaf sangat2,, Saya tak sepatutnya buat awak macam tu,, Tengok!! apa yang terjadi sekarang ?? ,, URRGGGHHH!! .AKU YANG SALAH!! AKU YANG SALAH!! AKU YANG SALAH!! .. Dan kini, hatiku rasa tidak tenang! . Ya Allah, ini mungkin hidayahMu ini telah datang untuk aku berubah Ya Allah. Hermmm I shouldn't do like that to you!! .. Rase nak menangis pun ade nie..
(Kisah ni lah yang membuatkan saya sedih + HearTbREAk hari nie)
Anyway,pape pun.D'sini Amira Balqis memohon maaf atas segala keslahan/kesilapan yang telah saya lakukan terhadap awak.Yang baik itu datangnya daripda Allah dan yang buruk serta hina itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. SORRY!!

Next >>>>>>>>

Apabila sedih ni, ado pula rasa takut,cuak dan nerves. Tahun depan aku menduduki SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. Apa yang membuat aku berasa cuak and nervous??!! . There's nothing in my mind now!! . Addmath,Math mode,Science,Akaun,Ekonomi,PSI,PSQ,Sejarah,BAT??!! Adakah aku masih ingat akan semua subjek yang aku belajar sebelum nie. Ya Allah, macam tak ada apa2 dalam aku punya mind sekarang.EMPTY!!NONE!! ZERO!! . Aduh! , aku mesti cepat2 cover semua nie. Kalau aku nak cover semua cilivous yang aku telah belajar tahun ni pada tahun hadapan mungkin tidak sempat.
Apa yang paling membimbangkan ialah ADDMATH,, as you all know, ADDMATH merupakan the killersubject,, tapi,aku rasa itu pandangan bagi orang yang tak ambil ADDMATH,, it would be EASY kalau kita sudah mempelajari asas2 ADDMATH. Saya berharap sangat 'Ciksu'(my beloved auntie) boleh tolong saya dalam mempelajari ilMu MATHEMATICS nie ,,Sebenarnya Maths nie mudah je,, ye lah,tapi dah lupa semua yang telah d'pelajari.So,jadi macam nie lah.I hope I can do well in my SPM next year,, sebab,saya ingin membanggakan ibubapa saya. Tidak pernah sekali pun saya membanggakan lagi my parents dalam bab2 belajar nie. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Jadikanlah aku dari malas ke rajin. Aku mesti betul2 berusaha. Bak kata pepatah arab: "MAN JADDA WA JADA" >> sesiapa yang berusaha,dia akan memperolehi kejayaan. haa!! ye! ,aku akan pegang pada kata2 nie. dan dengan kata2 nie aku akan lebih bersemangat untuk belajar. InsyaAllah. Aku teringat akan sebuah hadith nabi ini: (Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.") Jadi, aku mesti berusaha!! MESTI!! . InsyaAllah,aku akan memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik d'sisi Allah. Kerana dalam surah A-Ankabut,Allah telah berfirman :( "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." )- Surah Al-'Ankabuut 29 : 69

Dan,setahu aku.Orang yang berilmu ini doanya cepat dimakbulkan oleh Allah.
>> ("Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.") - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69
Aku mesti berusaha untuk menjadi seorang yang berilmu.Apabila aku memperolehi ilmu,hendaklah aku sampaikan kepada orang2 ramai.Itu lebih baik. kan omputeh ade kate: SHARING IS CARING .kan3.
Ermm,, dah rasa penat sebenarnya taip2 semua nie. Tapi,tidak mengapa.Ini menaikkan lagi semanagat aku untuk bercita2 tinggi dan berjaya dalam hidup.Semua orang mahu berjaya d'dunia lebih2 lagi d'AKHIRAT KELAK.CHAIIYOKKK!!. InsyaAllah!! TAKBIR~!! ALLAH HU AKBAR3!!!




Maksud dan Simbolik Warna Hijau



CINTA

Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.


ISLAM

Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.


ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan, tumbuh-tumbuhan dan juga air terjun.

HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat terbuka.

PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.

WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat dalaman.

PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.



KAYU
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen kayu. Atau dekat dengan erti alam. Elemen kayu dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.

p/s : lihatlah blog saya nie. Ehem2 . everything is GREEN!!





Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran


Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.



Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.