Saturday, August 25, 2012

RamaDhaN.. RaYa.. 2012

Ya Allah, sedih rasanya megenangkan sepanjang bulan Ramadhan. Betapa indahnya ya Allah. Aku menghabiskan masa aku dengan mendekatkan diri denganMu ya Allah. Alhamdulillah. Sempatlah buat beberapa kali dapat menunaikan solat terawih sebanyak 23. Harap-haraplah dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Amin. Sepanjang Ramadhan 2012, aku banyak menghabiskan masa di Masjid Sultan Yahya Petra. Best!!. Macam2 adoo dan dapat mempelajari macam2 karenah manusia. Hahaha. Kelakar bukan?!!. Hua3. Tak semestinya pergi masjid terus dapat pahala. Apee da!!. Selalunya kalau aku pergi solat jemaah, adee jee jemaah perempuan yang AGAH, bencii akuu. Bukannyee nak rapat soff dop. Supo tulo jah amaley ore lagu tuh. Tok tamboh2 eh. Baik lah tak yoh mari masjid, kalau sombong gitu gak. Hua3, sedapnyee aku mengata dekat orang. Hehe. Takpo, blog nie tak dop orang nak visit pun. Sebab tuh aku boleh luah sahaja apa yang aku nak. Hua3. Yela, bukan apa. Masjid ini bukannya tempat kita nak memikirkan hal2 keduniaan lagii. Lagi pun, gi masjid kito nak dekatkan diri kito dengan Allah. Nie buat hal plak. Macey2 lah dan dekat nak habis Ramadhan, UMMi meminta aku supaya menolongnya menyediakan hidangan juadah untuk orang berbuka puasa di masjid. Best!, seronok tengok orang ramai-ramai datang berbuka puasa demii mengimarahkan lagi masjid. Huhu. Rindu betul kat ramadhan, nak nangis rasannya..hermmm. Persiapan raya tahun serba sederhana. Aku suka sangat!!.Haa, nie lah masjid yang aku selalu pergi!
Cantik kan?!!. Musti doh. hahaha. D'pagi raya pula, aku bersama-sama keluarga bangun pada awal pagi kecuali my SIS. hahaha. Maybe penat kot. hee. Kami sekeluarga menunaikan solat sunat aidilfitri d'masjid Sultan Yahya Petra juga. Orang ramai berpusu-pusu untuk masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat sunat aidilfitri. Pada pagi tersebut, aku berasa sangat sedih, kerana Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ketika takbir bergema, air mata aku mencurah keluarr. Huhhh!. Time dekat masjid, aku bersama Ummi and Kak Ngoh boleh d'katakan duduk d'soff yang depan. D'depan kami terdapat kanak2 kecil. Hahaha. Comey!. Dah lah baik. Time duk dengar khutbah duk layan budak COMEY tuh lah. Tok dengar mano pun khutbah. MasyaAllah, teruknyeee. Tapi, tak apalah. Budak kecil itu telah menghiburkan hati aku. Hee.Selepas, selesai solat d'masjid. Kami sekeluarga bergegas untuk ke rumah TOK AYAH & NEK MA. Sungguhlah meriah apabila berada s'rumah atuk kitaorang. Best!!. Dah lah semua sepupu beraya kat sini. Kitaorang berpakaian sama warna iaitu KELABU a.k.a GREY GRANDIS ayah loh. hehe.Sampai2 kat umah grandparents kitaorang, rupe2nya aku memakai pakaian yang serupa dengan 2 orang mak saudara aku. Hahah. Lucu kan??!. Nak tengok?. Boleh jee.

Haha. Kan dah kate!!. sameee. nak tengok kemeriahan d'pagi raya pulak ke??. Boleh. Pasti korang tak puas. Hahaha.
Tengok tuh!!. Kanak2 ribena bergambar bersama-sama tok ayoh. Sweet!!. Raya kali ini MzFamilies tak sempat nak buat sesi pergambaran secara besar-besaran. You know why??. Because, tok ayoh tak sihat (kena strok). Kesian tok ayoh, semoga tok ayoh cepat sembuh ye. We all love you tok ayoh and nek ma. Memandangkan tok ayoh sakit, ramai gilerr tetamu yang datang beraya. Tak henti2. Sampai kitaorang nak pergi beraya kat rumah jiran pun tak boleh. Fuh!!, sangatlah sedih. Hinggakan gambar pun tak sempat nak ambil. Tak apalah, gambar tak penting sangat pun kannn!. Tapi, MzFamilies memanglah GREY arr. Rock!!. Semuanya sama. Pelbagai kejadian yang berlaku. Kebanyakkannya adalah kejadian yang sangat mencuitkan hatu. Manakan tidak!. Semuanya macam tak betul. Hahaha. Biasalah, keluarga kitorang selalu bergelak ketawa. Tak best arr kalau hidup sunyii je tanpa gelak2 kann. Haa, nie contoh2 yang mencuit hati:
haha, tengok tuh!. tiru gaya Tunku Abdul Rahman pulak. Hahaha. menjadi bebenorrr.
abang aku betul!. Tua2 pun nak duit raya lagi. Hahahaha

Banyaklah kisah yang ingin d'ceritakan peristiwa yang terjadi semasa hari raya-1. Macam2 adoo (ala-ala astro pula). Hahaha, sampai kat sini lah duluu yee.


No comments:

Post a Comment